All Heritage is From Allah

this blog is still on progress... thank for visiting this blog... please come again!!!!

Tuesday, 6 May 2014

Institusi Politik Islam Di Lubnan


Tata kehidupan politik negera ini mengikuti agama - agama dan mazhab - mazhab yang ada disana . Presiden republik negeri ini bernasab pada kumpulan al - Mauzunah ( kelompok Nasrani ) . Perdana mentrinya adalah seorang muslim Sunni . Ketua parlimennya berasal dari kelompok Syiah . Sedangkan ahli - ahli kerusi Parlimen terbahagi diantara kumpulan - kumpulan dan mazhab - mazhab tersebut .

Tiga kumpulan yang saat ini melakonkan peranan yang paling penting : Syiah ( tinggal di kawasan sempadan dengan Palestin / Israel sekarang ) , Druze ( tinggal di bahagian selatan dan Maronit dibahagian utara iaitu Jubayl , batrun dan baharik ) . Munculnya golongan Maronit sebagai kelpmpok masyarakat paling dominan di Lubnan banyak dipengaruhi oleh masukny apasukan salib di Perancis ke Lubnan pada permulaan abad ke 12 . Berbeza dari golongan Maronit yang sudah mendiami Lubnan sejak abad ke 7 , golongan Syiah baru masuk ke Lubnan pada abad kesebelas . Mereka yang pertama kali datang adalah umat Syi'ah mazhab Fathimiah yang berasal dari Mesir , khususnya selepas dinasti Fathimiyah dikalahkan oleh Dinasti Ayyub yang berfahaman Sunni di Mesir . Sebahagian orang Syi'ah tersebut kemudian membentuk mazhab tersendiri , iaitu Druze . Istilah Druze berasal dari pemimpin mereka , Muhammad Al - Darazi , salah seorang murid khalifah Al - Hakim dari Dinasti Fathimiyyah di Mesir .

Pada tahun 1289 , pasukan Dinasti Mamluk masuk ke Lubnan dan berjaya merebut Tripoli serta daerah - daerah pantai lain . Dinasti mamluk berhasil menggantikan kedudukan Druze dan Syiah sebagai kumpulan masyarakat Islam yang dominan di Lubnan . Ini bermakna selama di bawah kekuasaan Dinasti Mamluk ( sampai awal abad keenam belas ) , masyarakat Islam Lubnan dikuasai oleh mereka yang berfahaman Sunni .
Pada tahun 1516 , Dinasti Mamluk ditundukkan oleh pasukan Dinasti Uthmaniyyah ( Turki Islam ) yang menduduki Lebanon dan wilayah - wilayah Arab lain selama empat abad , iaitu sehingga akhir perang dunia pertama ( 1918 ) . Dengan sokongan penguasa Ottoman , sejak 1591 di Lubnan berdiri system keamiran ( imarah atau emirate , semacam kerajaan ) yang dipimpin oleh seorang amir ( emir ) dari golongan Druze .

Dominasi golongan Maronit dalam sistem politik Lubnan sebagai hasil Pakatan Nasional 1943 pada mulanya memang kelihatan diterima oleh semua golongan , namun pada kenyataannya penerimaan itu bersifat sementara atau bahkan terpaksa , memandangkan Pakatan 1943 ditaja oleh Perancis yang pada masa itu berkuasa di Lubnan . Golongan itu , khususnya Syiah dan Druze serta golongan ortodoks Yunani ( komuniti Kristian terbesar kedua ) , merasa tidak senang dengan dominasai Maronit . Mereka menghendaki agar system politik Lubnan tidak hanya terpaku pada Pakatan 1943 yang didasarkan pada banci 1932 . Mereka menuntut adanya perubahan , antara lain dengan mengadakan bancian semula , kecuali jika orang - orang Palestin dikeluarkan dari Lubnan . Dalam pandangan golongan Maronit selama masih ada orang - orang Palestin di Lubnan , suatu bancian semula hanya akan menguntungkan golongan Islam . Memandangkan kehadiran orang Palestin di Lubnan dilindungi oleh PBB dan pelbagai Negara arab lain , maka pengusiran orang - orang Palestin sukar dilakukan . Bererti jalan ke arah diadakannya banci semula menemui jalan buntu .
Golongan Maronit mengajukan alternative lain untuk mengubah struktur politik Lubnan . Mereka menawarkan perubahan perimbangan kuasa antara Kristian dan Islam di Parlimen , dari 6:5 manjdi 5:5 . Namun jabatan Presiden haus tetap berada ditangan golongan Maronit . Tawaran ini ditolak oleh golongan Islam . Golongan Islam menghndaki perubahan mendasar dalam system Lubnan , iaitu suatu system politik yang tidak lagi dikaitkan dengan komuniti keagamaan namun gagal diwujudkan kerana ditolak oleh golongan Kristian . Munculnya polarisasi antara pihak yang ingin mempertahankan status quo ( kristen ) dan pihak yang menghendaki perubahan ( Islam ) telah mengubah konflik di Lubnan yang semula bersifat pendam menjadi suatu perang yang terbuka . Perang saudar di Lubnan pertama kali pecah pada tahun 1958 waktu itu Presiden Camille Chmoun yang telah habis masa jabatannnya berusaha untuk kembali berkuasa . Dalam perlembagaan di Lubnan masa jabatan Presiden ditetapkan selama 6 tahun dan tidak dapat dipilih kembali . Chmaun cuba mengubah perlembagaan agar dapat melanjutkan masa jabatannya . Motivasi Chmoun ini didasari oleh kebimbangan akan semakin kuatnya pengaruh Nasserisme dikalangan golongan Islam Sunni . Namun usaha Chmoun tersebut mendapat cabaran keras dari pihak Islam akibatnya pecah perang saudara antara golongan Kristian dan Islam selama 6 bulan . Perang baru dapat diakhiri setelah adanya campur tangan pasukan mariner Amerika Syarikat yang mendarat di Beirut pada tarikh 15 Julai 1958 . 

No comments:

Post a Comment