All Heritage is From Allah

this blog is still on progress... thank for visiting this blog... please come again!!!!

Wednesday 7 May 2014

Tokoh Islam di Lubnan



1) Memahami Perjuangan Dakwah Ustaz Fathi Yakan di Lubnan









Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan, nama sebenarnya Mahmud Fathi ibnu Muhammad ‘Inaayat Syarif Yakan. Susur galur keturunannya berasal daripada bangsa Turki, dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Utara Lubnan. Isterinya bernama (Dr.) Muna Haddad, dikurniakan lima orang anak (4 perempuan 1 lelaki) dan 20 orang cucu. Tokoh karismatik gerakan Islam ini telah menghasilkan puluhan buku-buku dakwah yang mencerahkan langit kebangkitan Islam dengan lantera ilmu dan cahaya kebenaran.

Selain tulisan-tulisan yang dicurahkan ke dalam lembaran-lembaran kitab, seminar dan syarahan, beliau bersama isterinya turut menubuhkan universiti di Lubnan iaitu Jami’ah Al-Jinan. Falsafah pembangunan universiti tersebut adalah untuk membentuk graduan Muslim yang hidup bermasyarakat berteraskan akhlak yang luhur. Antara fakulti-fakulti yang ditawarkan di universiti tersebut adalah fakulti perguruan, media dan teknologi, mekanikal dan kejuruteraan, sains dan farmasi.


Dr. Fathi Yakan meninggal dunia pada 13 Jun 2009 ketika usianya menjangkau 76 tahun. Ketiadaannya merupakan kehilangan besar kepada gerakan Islam ketika para aktivisnya masih dahagakan rumusan-rumusan kognitif, menilai aspirasi massa dan pertembungan ummah di seluruh dunia. Pemikiran beliau tetap menjadi sebahagian legasi kepada khazanah intelektual gerakan Islam dan menjadi rujukan dari semasa ke semasa. Benarlah kata Hasan al-Basri r.hm;


Antara pergerakan parti politik berorientasikan agama di Lubnan, terdiri daripada;

“Al-Kataeb al-Lubnaniyya”, parti yang ditubuhkan oleh Amin Gamayel pada tahun 1936, mewakili parti masyarakat Kristian pelbagai aliran di Lubnan.

“Hizb al-Wataniyyin al-Ahrar”, parti liberal yang ditubuhkan oleh Camille Chamoun pada tahun 1958. Majoriti keanggotaannya ialah penganut Kristian.

“Marada Movement”, mewakili golongan feudal daripada penganut Kristian Maronites. Diasaskan oleh Sulaiman Farangieh pada tahun 1967.

“At-Tayyar al-Watani al-Hurr”, mewakili kumpulan Kristian Katholik yang ditubuhkan oleh Jeneral Micheal Naem Aoun pada tahun 2005.

“Liberty Front” ditubuhkan mewakili masyarakat Kristian Orthodoks di Lubnan pada April 2007 oleh Fouad Abu Nader.


Antara pergerakan parti politik berorientasikan idealogi-idealogi sekularisme, kapitalisme dan nasionalisme di Lubnan, terdiri daripada;

“Lebanese Communist Party” parti komunis ini ditubuhkan oleh Khaled Hadadi pada tahun 1924.

“Hizb al-Nejjadeh” parti nasionalis Arab yang ditubuhkan oleh Mustapha Hakem sejak tahun 1940-an, majoritinya dianggotai masyarakat Muslim Sunni.

“Arab Socialist Ba’ath Party”, parti sosialis ini ditubuhkan oleh Fayez Shukr pada tahun 1966 di Beirut.

“Harakat Al-Shaab”, parti nasionalis Arab ini ditubuhkan oleh Najah Wakim pada tahun 2000.

“Harakat al-Istiqlal”, awal penubuhannya di Zgharta, Lubnan oleh Michel René Moawad pada tahun 2006 yang mewakili kumpulan nasionalis. Pertubuhan ini dianggotai masyarakat Kristian dan Muslim.



Antara pergerakan parti politik berorientasikan mazhab Syiah di Lubnan, terdiri daripada;


“Amal Movement” atau “Afwaj al-Muqawama al-Lubnaniyya”, diasaskan daripada ideologi ulama Syiah konservatif, iaitu Musa al-Sadr dan Hussein el-Husseini pada tahun 1974.

“Arab Democratic Party”, parti nasionalis Arab yang ditubuhkan oleh Ali Eid yang berfahaman Syiah pada tahun 1974. Adiknya, Rifa’at Eid pula menubuhkan pertubuhan parti Syiah aliran Alawi “Harakat al-Shabab al-Alawi”.

“Hizbullah”, mewakili kumpulan para-militer Syiah, pro-Iran dan anti-imperialisme. Dilabel terroris oleh kesatuan negara Eropah, Amerika, Kanada, Israel dan Australia.

“Tayyar el-Shi’e el-Hurr”, parti berorientasikan mazhab Syiah ditubuhkan oleh Mohammed al-Hajj Hassan pada tahun 2006. Menyertai “March 14 Alliance”, anti kepada kumpulan“Hizbullah” dan “Amal Movement”.

“Islamic Amal Movement”, merupakan parti yang berorientasikan mazhab Syiah dan diasaskan oleh Syeikh Subhi at-Toufaily pada tahun 1982, beliau pernah menjadi Setiausaha ‘Am pergerakan “Hizbullah” sebelum lantikan Hassan Nasrallah.


Antara pergerakan parti politik berorientasikan mazhab Sunni di Lubnan, terdiri daripada;


“Al-Jama’ah al-Islamiyah”, parti politik gerakan Islam yang didominasi masyarakat Muslim Sunni Lubnan. Antara pengasas gerakan politik ini ialah Dr. Fathi Yakan dan Syeikh Dr. Faisal Maulawi pada tahun 1964. Pemimpin pertama gerakan ini ialah Syeikh Ibrahim al-Masri.

“Harakat al-Tawhid al-Islami”, pergerakan mujahidin yang dianggotai Muslim Sunni yang pernah terlibat dalam perang sivil Lubnan seawal 1980-an. Secara rasmi diasaskan pada tahun 1982 oleh Syeikh Said Shaaban, rakan akrab kepada Dr. Fathi Yakan. Memiliki hubungan kerjasama dengan PLO, Hizbullah dan HAMAS.

“Tayyar al-Mustaqbal”, parti berideologi sekular yang ditubuhkan pada 1992 oleh Rafik al-Hariri. Diketuai oleh Saad al-Hariri selepas berlakunya pembunuhan abangnya Rafik al-Hariri, dan majoritinya dianggotai masyarakat Muslim Sunni.

“Glory Movement” atau “Harakat Majd”, mewakili kumpulan Muslim Sunni yang diasaskan oleh Najib Mikati pada tahun 2004.

“Jabhat al-Amal al-Islami” ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Dr. Fathi Yakan setelah melihat pengkhianatan “March 14 Alliance” yang memiliki agenda pro-Amerika. Beliau memutuskan untuk berkoalisi dalam “March 8 Alliance”.



Antara pergerakan parti politik berorientasikan komuniti perkauman Druze dan Kurdish di Lubnan terdiri daripada;

“Progressive Socialis Al-Dimoqraty”, parti politik yang mewakili masyarakat Kurdish di Lubnan. Ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Jamil Mihhu.

“Razkari Party”, parti politik mewakili masyarakat Kurdish di Lubnan, ia ditubuhkan oleh Faissal Fakhroo pada tahun 1975.

“Lebanese Democratic Party”, mewakili komuniti Druze yang berfahaman sekular. Diasaskan oleh Putera Talal Arslan pada 1 Julai 2001.

“Al-Hizb al-Jumhut Party”, mewakili komuniti Druze yang berfahaman sosialis dan diasaskan oleh Kamal Jumblatt pada tahun 1949.

“Al-Hizb Al-Kurdiry al-Hurr” parti sekular yang ditubuhkan oleh Khaled al-Hassaneh yang dianggotai oleh komuniti Druze.


Pergerakan bukan parti politik berpengaruh di Lubnan pula terdiri daripada;

“Tajamo’ al-Ulama’ al-Muslimin”, diasaskan pada tahun 1982 ketika Beirut dalam kepungan rejim Zionis, IDF – Israel Defence Forces. Pertubuhan cendekiawan ini diketuai oleh Syeikh Mahir Hammud (wakil Sunni) bersama Syeikh Zuhayr Kanj (wakil Syiah).

“Jam’iyat al-Mashari’ al-Khayriya al-Islamiya al-Ahbash”, atau gerakan al-Ahbash yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari.

“Hizbu at-Tahrir”, di Lubnan pergerakan ini diketuai oleh Ata’ Abu Rashta sejak 1953. Majoritinya dianggotai masyarakat Muslim Sunni.


Sumber:http://www.tarbawi.my/2013/09/memahami-perjuangan-dakwah-ustaz-fathi.html




2)Sheikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani.






KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU:

Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU:

Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.


AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:

*Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.

*Pensyarah di Universiti Islam Lubnan.

*Ahli JawatanKuasa Majlis Fatwa Lubnan.

*Anggota Majlis Ulama’ di Syria.

*Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan AsiaTenggara).

*Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada.

*Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.

*Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.

*Penasihat Kehormat Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia


Kewargaan: Libanon

T. Tgl Lahir: Libanon pada Tahun 1948.


Pendidikan:

*Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M

*Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti Islam Syria 1974 M

*Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari’ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M.Jabatan :*Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 – 1982 M

*Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M

*Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M.Jabatan lainnya :

*Terpilih sebagai da’i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.

*Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.

*Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.

*Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi Malaysia.

*Da’i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain.

*Pimpinan Umum Persatuan Da’i Tasawuf internasional.


Lain-lain:

*Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta pemikiran Islam.

Sumber: http://myhassani.wordpress.com/biodata-syeikh/



No comments:

Post a Comment