Jumlah penduduk yang tinggal di Lubnan sendiri dianggarkan 3.874.050 pada Julai 2006. Ada sekitar 16 juta orang keturunan Lubnan yang tersebar di seluruh dunia , yang terbanyak adalah di Brazil , Argentina, Australia, Kanada, Colombia, Perancis, United Kingdom, Mexico, Venezuela dan Amerika Syarikat juga mempunyai komuniti Lebanon yang besar.
Identiti politik individu di Lubnan moden banyak ditentukan berdasarkan garis mazhab. Bahkan, kesepakatan Tha'if 1989, yang menyusun kerangka acuan untuk mengakhirinperang saudara yang meletus sejak 1975, mempertahankan pengedaran jabatan utama bagi kumpulan - kumpulan agama besar saja. Oleh kerana itu, jabatan Presiden masih tetap berada ditangan Kristian Maronit, jabatan Perdana menteri tetap milik Muslim Sunni, dan juru bicara Parlimen berada pada Muslim Syiah.
Penduduk Lubnan terdiri dari pelbagai kumpulan etnik dan agama : Islam, Syiah, Druze, Katolik, Maronit, Ortodoks Yunani, Kristian Koptik, dan lain-lain.Bancian rasmi yang dilakukan pada tahun 1932, menandakan sensitiviti politik di Lubnan terhadap keseimbangan keagamaan. Dianggarkan bahawa dari 59 % penduduk Lubnan adalah Islam dan 40 % Kristian ( umumnya Maronit, Gereja Ortodoks Antiokia, Apostolik Armenia, Katolik Yunani Melkit, Gereja Asiria di Timur, Katolik Khaldea dan minoriti Protestan. Ada 1 % kumpulan minoriti kecil Yahudi yang tinggal di Beirut pusat , Byblos , dan Bhamdoun . Lubnan juga mempunyai sebuah komuniti kecil ( kurang dari 1 % ) Kurdi ( juga dikenali sebagai Mhallami atau Mardinli ) yang umumnya berhijrah dari Syria timur laut dan Turki tenggara , diperkirakan jumlahnya antara 75,000 hingga 100,000 orang , yang termasuk dalam kumpulan Sunni . dalam tahun - tahun kebelakangan ini mereka memperoleh kewarganegaraan Lubnan sehingga menguntungkan kumpulan Muslim dan Sunni khususnya. Selain itu , ada pula ribuan suku Beduin Arab di Bekaa dan di kawasan Wadi Khaled , yang kesemuanya tergolong Sunni , yang juga mendapatkan kewarganegaraan Lubnan. ada sekitar 15 juta orang keturunan Lubnan , terutama Kristian , menyebar di seluruh dunia. Muslim Syiah, Druze dan Alawi tidak digolongkan sebagai Islam.
Masyarakat Lubnan menghargai kebebasan individu , tetapi ikatan kekeluargaan masih berperanan penting. Masyarakat Lubnan dikenal pula dengan pola hidup moden , terbuka , dinamik dan konsumtif. Banyak masyarakat Lubnan berjuang untuk mendapatkan pengaruh dan kekayaan sebagai simbol kejayaan. Pola pergaulan masyarakat Lubnan lebih terbuka berbanding Negara Timur Tengah lain. Laki-laki dan perempuan berbaur secara berleluasa serta perbandingan mereka berimbang dalam hal tahap pendidikan .
Masyarakat Lubnan yang majmuk merupakan keunikan tersendiri diantara negara Arab. Agama yang dianuti majoriti warga Lubnan menginduk pada dua agama besar iaitu Islam dan Kristian. Namun mereka terbahagi dalam mazhab yang berbeza-beza yang jarang ditemui di negara lain. Mereka misalnya tidak hanya terhad meyakini Islam beraliran Sunni , tapi juga mazhab Shiah , Druze dan Alawite. Demikian pula dengan Kristian, ada yang menganut Kristian Maronite, Katolik, Protestan, Ortodoks, Anglican dan Armenian. Bahkan ada yang menganut agama Yahudi walaupun sebahagian besar sudah berhijrah ke Israel. Hal ini membuat Lubnan sangat menarik untuk dipelajari secara mendalam kerana mampu memberi contoh hidup bersama secara harmoni.
2)Tradisi Masyarakat:
1. Acara - acara yang diadakan oleh masyarakat Lubnan :
Untuk yang beragama Islam selain Ramadhan , Hari Raya Aidil Adha merupakan acara keagamaan yang terbesar di mana biasanya ditandai dengan ornamen2 / hiasan di segala pelosok . Selain itu bagi mereka yang pulang Haji diadakan sambutan khusus dengan pemasangan ornamen - ornamen di luar dan di dalam rumah sertai penggunaan mercun . Acara besar lain adalah Peringatan As Syura ( 10 Muharam ) khususnya untuk komuniti Islam Syiah . Sedangkan untuk yang beragama Kristian , seperti biasa adalah Chistmas , Orthodox Armenian Christmas , St . Maron . Acara peringatan kemerdekaan diperingati setiap tanggal 22 November, namun tidak disertai pelbagai kegiatan sebagaimana layaknya 17 Agustusan ( lumba - lumba dll ) . Acara besar tahunan bagi masyarakat luas yang biasa dilakukan oleh Kerajaan adalah kegiatan Marathon
2 . Kekhasan / kebiasaan khusus masyarakat di Lubnan:
a) Coklat yang dihias merupakan symbol untuk acara - acara kekeluargaan seperti menjenguk orang yang melahirkan , orang sakit dan pulang Haji.
b) Menyalakan mercun dan tembakan senapang ke udara untuk perayaan menyambut pulang Haji , Pernikahan , Perayaan Kemenangan ( Piala Dunia , selepas berperang ) , Kemenangan politik ( Setelah pidato salah satu pemimpin Parta Politik ).
c) Memandu kereta secara " seenaknya " seperti jarang menggunakan lampu Sign , berhenti / letak sembarangan . Selain di Down Town umumnya jarang ditemui lampu lalu lintas ( hanya menggunakan polis untuk membawa perintah lalu lintas ) namun umumnya kesesakan selalu dapat diatasi.
d) Merokok / Argile dan meminum kopi Arab ( baik lelaki mahupun wanita ).
e) Penggunaan Asesoris dan pernak pernik serta berpakaian bergaya.
f ) Makanan : Olive , Lemon , Salad , Cheese , Daging , Kambing dan Roti Arab ( Manaiskh ).
No comments:
Post a Comment